Selamat Berpuasa

September 2nd, 2008

Lama lah pulak tak update blog nie.  Minta maaflah kepada yang tertunggu-tunggu.  Bukan apa blog nie cuma hobi je, kalau ade masa lapang barulah saya updatekan.  Waktu lain tu saya fokus dengan bisnes je.

Saya nak ambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat berpuasa kepada semua.  Puasa-puasa jugak, bisnes mesti jalan.  Bulan puasa nie lagilah rezeki datang melimpah ruah.  Jangan jadikan puasa sebagai alasan untuk berehat buat MLM.  Lihat di luar sana, pada bulan puasa inilah banyak bisnes dibuka.  Maksudnya apa?  Bulan puasa nilah rezeki kita semakin bertambah.

Saya pun sibuk jugak ‘marketing’ bulan puasa nie untuk dapatkan duit raya.  Nanti nak bagi kat ibu bapa, saudara-mara dan sebagainya.

Apa yang dibuat itu yang akan dapat.

August 21st, 2008

Anda ingin berapa banyak RM tertulis pada cek anda pada bulan ini?  Sudah pasti ramai yang ingin dapat pendapatan yang besar.  Tapi adakah anda sudah bersedia untuk mendapatkan pendapatan yang besar itu?  Mesti ramai yang kata “saya memang dah sedia untuk dapat pendapatan besar”.

Sedia di sini bermaksud bersedia untuk melakukan apa yang sepatutnya untuk mendapatkan pendapatan yang besar itu.  Ada orang, hatinya ingin pendapatan besar tapi sikap dan dirinya tidak sanggup melakukan apa yang sepatutnya dilakukan untuk mendapatkan pendapatan yang besar itu.

Prinsip asas untuk mendapatkan pendapatan yang besar mudah sahaja, anda perlu berfikiran dan bertindak besar juga.  Kalau anda hanya sanggup buat sikit-sikit, maka sikit-sikit jugalah yang anda akan dapat.

Ramai usahawan MLM ingin pendapatan besar tapi tak ingin kerja kuat.  Ini tidak betul.  Apabila anda ingin dapat besar anda kena kerja lebih kuat.  Lebih banyak yang anda inginkan lebih banyak juga tindakan yang anda harus lakukan.

Nak jadi pemimpin?

August 14th, 2008

Ramai yang hairan, dia buat MLM macam orang lain jugak, buat 3S (Selling, Sponsoring, Servising) hari-hari, tapi groupnya tak juga berkembang.  Key person dalam groupnya pun susah nak timbul.  Keadaan seperti ini memang mengundang kegelisahan kepada ramai usahawan MLM (termasuk saya jugaklah).  Kenapa perkara ini boleh berlaku?

Pada pendapat saya, pemimpin tidak timbul kerana kita belum lagi bersedia untuk menjadi pemimpin dalam kumpulan kita.  Ramai yang beranggapan buat MLM nie sponsor orang saja, nanti dia akan berkembang sendiri.

Sebenarnya seseorang key person tidak akan berkembang dengan sendirinya tanpa bimbingan yang betul daripada seorang upline.  Mungkin anda pernah berjumpa dengan seseorang yang sebelum ini telah pun menyertai bisnes ini tapi tidak berkembang.  Namun apabila dia menyertai orang lain berkembang pula dia.  Hal ini sebenarnya pernah berlaku kepada upline saya dan diri saya sendiri.  Sebelum ini kami pun pernah menyertai MLM lain, tapi tak ke mana-mana.  Tapi dalam MLM yang terkini kami berdua mempunyai perkembangan yang menggalakkan.

Seseorang yang ingin melahirkan pemimpin dalam kumpulannya haruslah menjadi pemimpin sendiri terlebih dahulu.  Pemimpin harus mempunyai ciri-ciri atau sifat-sifat tertentu.  Antaranya ialah sabar menghadapi karenah downline, dan mempunyai niat untuk membawa orang lain ke arah kejayaan.

Ramai yang ingin menjadi pemimpin berjaya, tetapi asyik merungut tentang perangai downlinenya.  Ramai yang nak jadi pemimpin berjaya, tapi sendiri pun tak tahu ke mana arahnya nak bawa downlinenya dan tak tahu apa nak dibuat.

Fikir-fikirkan…

Bagaimana nak ajak orang buat bisnes nie?

August 7th, 2008

Saya sering ditanya soalan di atas.  Jawapan saya mudah sahaja, “kita kongsikan peluang bisnes ini kepada mereka”.  Kongsi peluang bisnes bukan bermaksud cerita pasal marketing plan sahaja.  Ramai yang berkongsi peluang terus cerita pasal marketing plan.  Tak salah, tapi bagi mereka yang belum terbuka hati akan nampak macam kita nak buru wang.  Yang lebih penting, kena cerita dulu kenapa hari ini kita perlu buat bisnes.  Kan banyak sebab kan?  Petrol naik, gaji tak cukup, harga makanan pun naik, harga rumah pun naik dan macam-macam lagi sebab yang boleh difikirkan.  Lepas mereka setuju kenapa hari ini perlu buat bisnes, barulah ceritakan apakah kelebihan MLM berbanding dengan bisnes lain.  Lepas tu barulah boleh cerita pasal syarikat kita dan marketing plannya.

Selamat mencuba!

Tu lah best MLM nie!

July 31st, 2008

Tengah hari tadi ketika menjemput anak saya balik sekolah sempat saya berbual dengan seorang bapa yang nak pencen tak lama lagi.  Saya tanya beliau, lepas pencen nak buat apa?  Dia kata susahlah nak bisnes kat tempat kita nie. (Untuk pengetahuan polpulasi tempat saya dalam 15,000 orang aje lebih kurang. Tu pun duduk jauh-jauh.  Sesetengah tempat kena naik bot baru sampai).  Dia kata susah sebab market kawasan nie kecil.  Kata-kata beliau tu ade kebenarannya.  Tidak banyak bisnes yang boleh bertahan di tempat saya nie.  Market kecik tapi persaingnya ramai.  Kalau tak tahan memang gulung tikar tak sampai setahun pun.

Tetapi keadaan sebaliknya berlaku bagi usahawan MLM seperti saya.  Saya memang tinggal di kawasan kecil ini.  Tapi market saya telah berkembang ke seluruh negara dan juga beberapa negara jiran.  Saya rasa dari segi market tak ada masalah untuk menjalankan bisnes nie.  Sewa kedai pun tak perlu.

Dulu saya dengar je MLM nie boleh buat tanpa pilih lokasi.  Sekarang baru saya faham apa maksudnya.

Ok, itu saja untuk kali nie.

Kenapa fikiran positif penting?

July 28th, 2008

Untuk berjaya dalam apa-apa bidang sekalipun kita dinasihatkan supaya mempunyai pemikiran yang positif.  Kenapa fikiran positif ini perlu?

OK, terlebih dahulu kita kena tahu apa yang dimaksudkan sebagai berfikiran positif.  Penjelasan mudah yang saya boleh katakan di sini, berfikiran positif ialah berfikir benda-benda yang baik terhadap apa yang kita kerjakan.  Fikiran positif ini boleh mendorong kita untuk terus melakukan apa yang kita lakukan.  Kalau pemikiran kita telah diganggu dengan pemikiran yang negatif usaha kita akan terbantut.

Sebagai contoh, kalau kita rasa kita dapat melakukan perniagaan itu memang kita akan mengusahakannya walau pun belum berjaya.  Kita ingin lakukan kerana kita yakin kita boleh buat.  Itulah maksudnya berfikiran positif.

Sebaliknya, kalau kita rasa kita tak boleh, macam mana nak mula.  Orang bagi apa2 sokongan pun kita akan rasa kita tak boleh.  Sebab itulah ada orang yang dah diberi pelbagai bentuk bantuan, tapi masih tak dapat jalankan juga bisnesnya.

Fikiran positif ini bukan untuk yang memulakan bisnes sahaja, tapi juga penting bagi mereka yang telah pun di tengah2 medan bisnes.  Contohnya kalau kita buat MLM, apabila ekonomi teruk, kita akan rasa bisnes dah tak boleh jalan, sebab orang tak akan beli produk ekoran ekonomi teruk.  Tapi kalau orang yang positif, akan berkata, inilah masanya, sebab ramai orang perlukan pendapatan tambahan.

Hari nie closing. Aku berjuang hingga ke titisan terakhir.

July 19th, 2008

Usahawan MLM memang mempunyai satu komitmen, iaitu melakukan sebanyak mungkin sales sehinggalah hari terkahir ‘closing date’.  Ini kerana bonus akan diberikan mengikut jumlah jualan dalam tempoh yang telah ditetapkan.  Begitulah jugalah dengan saya.  Hari ini merupakan hari terakhir untuk closing date.  Semua jualan dan ‘transfer’ perlu dilakukan pada hari ini.

Nak dijadikan cerita, saya perlu qualify 1 line lagi untuk mendapatkan status dan pendapatan yang ‘boleh tahan’, tapi line tersebut perlukan lebih kurang 4000 mata atau bersamaan dengan RM 8000.00 lagi.  Dari pagi saya dan isteri kesayangan saya keluar rumah untuk mendapatkan mata itu.  Sempat juga saya dan beliau menyediakan sarapan anak-anak sebelum kami keluar.

Senarai nama habis disemak, kami cari siapa lagi yang boleh dijumpa untuk dikongsikan produk supaya dapat mencapai matlamat kami.  Kami berdua pun meneruskan usaha tanpa peduli dapatkah tidak.  Pada awalnya tidak ada tanda-tanda bahawa matlamat kami berdua akan tercapai.  Jauh di sudut hati saya, saya agak kurang yakin untuk mencapainya.  Namun, untuk tidak mengecewakan isteri saya, saya buat muka selamba aje dan meyakinnya bahawa kami boleh buat. 

Perjuangan hari terakhir ini tidaklah lurus, kami telah pergi ke beberapa buah rumah, tapi malangnya tuan rumah tiada.  Hati semakin berdebar-debar, dan kami makin kesuntukan masa.  Dalam hati, doa tak putus-putus memohon pertolongan yang Esa.  Sempat juga saya menghubungi upline supaya mendoakan kami (kebetulan upline saya sedang berpuasa 3 bulan).  Orang yang berpuasa doanya lebih makbul.

Tepat jam 3 petang, akhirnya saya dan isteri dapat juga mencari jumlah mata yang diperlukan.  Saya dapat closing hampir 2000 mata dan isteri saya 2000 mata (seri nampaknya).  Hati saya dan isteri amat gembira sekali.

Itulah namanya berjuang hingga ke titisan terakhir.

Terima kasih saya ucapkan kepada upline saya, ustaz Wan Abdillah yang banyak membantu memberikan sokongan, dan meminta pihak pejabat membenarkan saya membuat pindahan dan ‘closing’ dalam saat-saat yang terakhir begini.  Terima kasih juga kepada pihak stokis yang banyak membantu saya menguruskan closing di saat-saat akhir ini.

Bertindak!

July 19th, 2008

Sering kali saya dengar ada yang berkata, “saya betul-betul ingin berjaya.  Tuhan saja yang tahu macam mana perasaan saya sekarang ini”.  Sebulan kemudian kita jumpa orang sama mereka masih kata perkara yang sama, tapi mereka belum juga berjaya.  Kenapa?  Nak sahaja memang tidak cukup untuk kita capai cita-cita kita.  Kita mesti bertindak barulah ia menjadi kenyataan.

Merebut peluang

July 5th, 2008

Selalu kita dengar orang berkata,”Dia untunglah sebab orang yang awal.  Sebab itulah dia dapat untung lebih.  Sebab itulah dia boleh berjaya dulu.”  Ramai yang berpendapat mereka yang berjaya di MLM sebab mereka dulu masuk.

Sebenarnya telah ramai mereka yang menyeratai sesebuah syarikat MLM terlebih dahulu namun tidak semestinya berjaya juga.  Yang menjadi jutawan pertama sesebuah syarikat tidak semestinya yang pertama menyertai syarikat itu.  Kita juga boleh lihat dalam kumpulan yang kita sertai, tidak semestinya upline kita lebih berjaya berbanding kita, dan tidak semestinya kita akan lebih berjaya berbanding downline kita.

Apa yang menyebabkan seseorang berjaya bukanlah menjadi yang pertama menyertai syarikat tertentu, sebaliknya yang menjadikan seseorang itu berjaya ialah menjadi pertama nampak dan merebut peluang.  Ramai orang yang nampak peluang tetapi membiarkan peluang itu berlalu begitu sahaja.  Mereka lebih rela berkata, “lihatlah dulu” atau “kalau engkau dah berjaya nanti barulah aku ikut”.

Berbeza dengan orang yang berjaya, mereka akan merebut peluang yang terbentang luas di depan mata.  Mereka merebutnya sehinggalah mereka berjaya mencapai kejayaan.  Itulah prinsip orang yang berjaya.

Naik sudah! Nak jimat berapa banyak?

June 8th, 2008

Selamat bersua kembali kepada semua pembaca setia.

Baru-baru ini kita digemparkan dengan kenaikan petrol.  Akibatnya berpusu-pusulah orang ke stesyen minyak untuk mengepam minyak yang murah sebelum ia menjadi  mahal.  Lebih mengerikan lagi dijangka bulan Ogos ini harganya mungkin akan disamakan dengan harga pasaran.  Kesan yang lebih teruk lagi, kenaikan petrol ini akan menyebabkan kenaikan barangan lain termasuklah barang kawalan dan keperluan harian. 

Bagaimana harus kita berhadapan dengan keadaan ini?

Ramai yang kata kita perlulah ubah cara hidup kita dengan lebih berjimat-cermat lagi.  Pendapat ini sudah semestinya dipersetujui oleh ramai orang.

Cuba bayangkan penjimatan ini…

1) Mulai hari ini kita anak-beranak perlu kurangkan makan nasi.  Kalau dulu sekali makan dua pinggan, mulai hari ini sepinggan seorang sahaja.

2) Petrol sudah naik, kita kena kurangkan guna kenderaan bermotor, kalau boleh guna basikal atau jalan kaki sahaja. (kalau pejabat tu 10 KM dari rumah?)

3) Kita kena jimat semuanya, kalau dulu tengok TV 8 jam sehari sekarang 4 jam sahaja.  Kalau dulu guna peti sejuk 24 jam, sekarang guna 12 jam sahaja.

(Mungkin contoh yang saya berikan di atas tidak logik, tapi saya berikan sebagai contoh gambaran sahaja.)

Persoalannya sekarang, kalau selepas ini harga barangan naik lagi (sudah pasti punya) adakah kita akan berjimat lebih lagi.  Anak kita makin hari, makin kecil kah makin besar.  Keperluan kita makin berkurangkah makin bertambah?

Jadi bagaimana harus menghadapinya?  Ya!  Buatlah bisnes.  Kalau nak berjimat setakat manalah kita nak berjimat?  Nak tunggu gaji naik, kenaikannya tidak akan selaras dengan kenaikan harga barangan.  Renung-renungkanlah…